Monday, July 27, 2009

Umno sedia terima 30 peratus wanita pembuat keputusan: Muhyiddin (Tapi Allah S.W.T bgtau dlm Al-Quran, Lelaki ialah Ketua bg Wanita, ape kes ni?? )

MUNYONYO (Uganda): Umno tidak menghadapi masalah untuk melaksanakan cadangan supaya 30 peratus pembuat keputusan dalam parti itu terdiri kaum wanita, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata pelaksanaannya bagaimanapun mesti berdasarkan kepada merit, kemampuan dan pengalaman. "Kuota itu tidak menjadi masalah kepada Umno. Tapi mungkin dia (Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil) mahu tengok lebih ramai wanita jadi wakil rakyat.

"Dalam hal ini kita kena ambil kira persekitaran masyarakat. Ada juga persepsi dalam kalangan masyarakat yang masih belum bersedia di kawasan tertentu untuk diwakili wanita Umno.

"Kita kena ambil kira penerimaan pengundi..itu dari sudut menjadi calon," katanya kepada pemberita Malaysia yang mengikuti lawatannya ke sini hari ini ketika diminta mengulas cadangan Shahrizat berhubung perkara itu semalam. Muhyiddin berkata, Umno tidak pernah menghalang kemajuan wanita yang berkemampuan.

"Mungkin mereka sudah bersedia nak pegang jawatan penting parti dan atas dasar ini, usaha begini mesti berterusan dan bukan satu inisiatif sementara," katanya. Timbalan Perdana Menteri berkata, bahawa terdapat juga wanita yang menjadi ketua cawangan dan wakil rakyat tetapi masih ada ruang untuk meningkatkan kedudukan ini. Mengenai enam teras Bidang Hasil Utama Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Putrajaya hari ini, Muhyiddin berkata, ia menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk mencapai kecemerlangan di semua peringkat pentadbiran. "Di peringkat kabinet, ini meletakkan menteri kabinet dalam keadaan bekerja setiap masa...ada KPI (petunjuk prestasi utama) mingguan dan bulanan.
“Pendekatan yang kita laksanakan ini menunjukkan kerajaan serius untuk mencapai sasaran," katanya. Muhyiddin berkata, komitmen kerajaan itu lebih mudah dicapai sekiranya rakyat dapat menerima KPI dan bukan menyandarkan 100 peratus di bahu menteri atau kerajaan. - Bernama

No comments:

Para Pengunjung

free hit counter
Get a free hit counter here.

About Me

Seorang hambaMu yang mendamba kasihMu

Komen terkini