Sunday, July 12, 2009

Boleh percaya ke?BN barang nnipu



Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno petang tadi.Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat."Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat.

Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN. "Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.

Kejutan PAS esok

Menurut penduduk kampung, jambatan sekarang dibina kerajaan pusat pada awal tahun 90-an dan mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan. Kosnya dipercayai hampir RM5 juta.Mengulas lanjut rancangannya itu, Muhyiddin berjanji akan membina jambatan baru itu sejurus sahaja Tuan Aziz menang dalam pilihanraya kecil 14 Julai ini."Saudara jadi saksi, saya akan bangunkan jambatan itu selesai saja kita menang dalam pilihanraya pada 14 haribulan ini," katanya.Pengumuman Muhyiddin mengenai jambatan baru itu dibuat selepas diwar-warkan beliau akan membuat pengumuman penting petang ini.Dalam ucapannya itu, Muhyidin turut berjanji akan menjadikan Manek Urai sebagai model "anak emas" kerajaan pusat, dengan menjadikannnya pusat "agropolitan" bagi memajukan penghasilan hasil taninya.Daripada lebih 12,000 pengundi di Manek Urai, sebahagian besar mereka bergantung rezeki kepada sumber pertanian, terutamanya menoreh getah.Esok, PAS pula dijadual membuat "kejutan besar" mereka. Kedua-dua tindakan tersebut dilihat sebagai "modal terakhir" kedua-dua pihak bagi memenangkan calon masing-masing.

3 maut

# Klik pada picture utk paparan yg lebih jelas

Ronaldo...


# Klik pada picture utk paparan yg lebih jelas

MJ hidup terseksa


# Klik pada picture utk paparan yg lebih jelas

Benarkah BN pernah tunaikan janji?


# Klik pada picture utk paparan yg lebih jelas

Timbalan Pres PAS muncul


Bas langgar treler



Bas langgar treler


Foto Obama jeling remaja Brazil popular di internet


ROME: Golongan muda dari negara membangun serta industri bersatu di L'Aquila di Itali ketika pemimpin Kumpulan Negara Lapan (G8) mengadakan sidang kemuncak. Mereka dikenali sebagai 'Junior 8' atau J8 hadir bagi membincangkan tema kemiskinan dan pemanasan global. Seorang wakil setiap delegasi nasional berpeluang bertemu pemimpin negara mereka untuk mengambil gambar, Khamis lalu. Wakil Brazil dari Rio de Janeiro, Mayara Tavares, 16, yang alam perjalanan bertemu Presiden Brazil, Luiz InĂ¡cio Lula da Silva, mendapat perhatian Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy serta Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Gambar yang seolah-olah menunjukkan Obama memandang punggung gadis itu kini amat popular di internet. Laman Drudge Report membuat lawak kejadian itu dengan menyiarkan foto itu menggunakan tajuk : 'Second stimulus package' (pakej rangsangan kedua). Presiden Amerika itu ditunjukkan berada rapat dengan jelitawan Brazil dalam gaya lebih berwaspada. Laman J8 memberitahu latar belakang gadis itu: "Mayara Tavares berusia 16 tahun dan tinggal di pinggir Rio de Janeiro, Brazil. Beliau mewarisi minat nenek dan bapanya untuk mengambil bahagian dalam masyarakat dan pergerakan sosial selain menjadi seorang aktivis memperjuangkan bagi hak kanak-kanak dan dewasa dalam masyarakatnya.
"Beliau baru-baru ini bertindak sebagai penyelidik dengan menemuramah masyarakat mengenai kehidupan mereka dan bagaimana rasanya hidup sebagai setinggan di bandar Rio de Janeiro. "Menerusi hasil kerjanya inilah beliau cuba memperbaiki kehidupan masyarakat miskin di sebahagian besar pusat bandar, inisiatif dijalankan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Unicef, di Brazil. Beliau juga menjadi seorang anggota Forum Belia dalam kawasannya dan berharap terus membabitkan rakan sebayanya dalam kerja ini." Lula memberi Obama sehelai jersi sukan Brazil yang ditandatangani pemain pasukan Brazil pada pertemuan sebelah pagi. Lula berasa megah dengan perlawanan bola sepak 28 Jun lalu di antara Amerika dan Brazil menyaksikan kekalahan Amerika dengan jaringan 3-2.

Sumber : Berita Harian

Para Pengunjung

free hit counter
Get a free hit counter here.

About Me

Seorang hambaMu yang mendamba kasihMu

Komen terkini