Monday, June 7, 2010

Perpaduan di utamakan..

Sesungguhnya kita anak-anak dilahirkan selepas merdeka, seharusnya kita mengisi Kemerdekaan itu dengan "Nilai-Nilai Positif" supaya negara kita bisa membina Tamadun Melayu dan Islam yang hebat, kita harus mengamalkan "Nilai" seperti yang digariskan dalam Gagasan 1Malaysia. Diantara Nilai itu adalan menerima seadanya apa yang terdapat dalam negara kita sekarang, kita harus memperakui bahawa bangsa lain telah wujud sejak kurun ke 16 lagi, mereka sama-sama kita membina negara bertuah ini. Maka oleh itu bagi mengekalkan kestabilan negara kita ini berkekalan prinsip "Perpaduan Kaum" harus dibajai dan disirami diantara langkah-langkah menyuburkan perpaduan adalah dengan mengamalkan budaya berkerjasama, bersatu hati, berbaik sangka, hormat menghormati, bertegur sapa, bertolak ansur antara kita serta bergaul mesra antara kaum dan juga antara sesama Muslim, Inshaallah negara kita cintai ini akan melakar sejarah semula seperti era pemerintahan Melaka dahulu dalam semua hal, samada dalam Ekonomi, Politik, Sosial, Pendidikan, Pertanian dan Teknologi Moden disamping dapat mengekalkan Keamanan Negara

Para Pengunjung

free hit counter
Get a free hit counter here.

About Me

Seorang hambaMu yang mendamba kasihMu

Komen terkini