Monday, July 13, 2009

Tok Guru..


14 Julai 2009 Diisytihar Cuti Bagi Kelantan


KOTA BHARU 13 Julai - Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah itu diambil selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai akan berlangsung esok.
Beliau berkata, pihaknya melihat bahawa hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja.
“Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab ’Cuti Peristiwa’. Dalam semangat pro demokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian,” katanya.

Owen serasi di United


LONDON - Mungkin situasi ini sesuatu yang tidak pernah difikirkan oleh peminat bola sepak England, namun itulah yang berlaku di hadapan mata mereka.

Michael Owen yang pernah menjadi pemain kesayangan Liverpool, kini menjalani latihan dengan menyarung jersi Manchester United di samping Ryan Giggs, Wayne Rooney, Rio Ferdinand dan rakan-rakan lain.

Penyerang England itu yang memakai jersi No. 15, dilihat cepat menyesuaikan diri dengan gelak tawa bersama rakan sepasukannya yang baru dalam sesi latihan di Carrington kelmarin sele- pas tiba di kelab tersebut secara percuma.
Pengurus The Red Devils, Alex Ferguson percaya, Owen mampu menjadi wira Old Trafford selepas menyaksikan respon penyerang berusia 29 tahun itu pada sesi latihan pertamanya minggu ini.

"Tidak diragui lagi dia mampu mengembalikan semula sentuhan jaringannya bersama kami. Dia masih belum hilang sentuhan jaringannya," kata pengurus United itu.
"Walaupun mengalami beberapa kecederaan di Newcastle, dia berjaya mengekalkan purata jaringannya dalam setiap perlawanan sepanjang kariernya.

"Saya sangat berpuas hati dengan cara dia berlatih. Dia berusaha dengan keras tetapi perkara paling utama ialah dia turun berlatih dengan ceria. Dia memang gembira di atas padang."
Owen akan menyertai penerbangan United dalam siri jelajah pramusim mereka ke Asia.
Kesemua pemain skuad itu akan turut menyertai jelajah tersebut termasuk Wayne Rooney, Ferdinand dan Nemanja Vidic yang diberi cuti lebih lama selepas selesai tugasan antarabangsa bersama negara masing-masing.

Boleh percaya ke?BN

Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno petang tadi.Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat."Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat.



Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN. "Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.



Kejutan PAS esok



Menurut penduduk kampung, jambatan sekarang dibina kerajaan pusat pada awal tahun 90-an dan mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan. Kosnya dipercayai hampir RM5 juta.Mengulas lanjut rancangannya itu, Muhyiddin berjanji akan membina jambatan baru itu sejurus sahaja Tuan Aziz menang dalam pilihanraya kecil 14 Julai ini."Saudara jadi saksi, saya akan bangunkan jambatan itu selesai saja kita menang dalam pilihanraya pada 14 haribulan ini," katanya.Pengumuman Muhyiddin mengenai jambatan baru itu dibuat selepas diwar-warkan beliau akan membuat pengumuman penting petang ini.Dalam ucapannya itu, Muhyidin turut berjanji akan menjadikan Manek Urai sebagai model "anak emas" kerajaan pusat, dengan menjadikannnya pusat "agropolitan" bagi memajukan penghasilan hasil taninya.Daripada lebih 12,000 pengundi di Manek Urai, sebahagian besar mereka bergantung rezeki kepada sumber pertanian, terutamanya menoreh getah.Esok, PAS pula dijadual membuat "kejutan besar" mereka. Kedua-dua tindakan tersebut dilihat sebagai "modal terakhir" kedua-dua pihak bagi memenangkan calon masing-masing.



# Klik pada picture utk paparan yg lebih jelas

Para Pengunjung

free hit counter
Get a free hit counter here.

About Me

Seorang hambaMu yang mendamba kasihMu

Komen terkini