Thursday, July 2, 2009

Rakaman Perdebatan Awal Pemuda PAS vs Pemuda Umno di Kantin Parlimen

Dialog Pemuda PAS dan UMNO di Kantin Parlimen[ini catatan Sdr Suhaizan Kayat, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat]Berikut adalah dialog saya (Suhaizan Kayat) Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat dengan YB. Razali Ibrahim Ahli Parlimen Muar, yang jugak Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia di kantin Parlimen pada 1hb Julai 2009, berhubung dengan penurunan pegangan ekuiti bumiputra daripada 30% kepada 12.5 %.Sepanjang perbualan ini YB Razali Ibrahim menjawab penuh emosi dengan menggunakan bahasa rojak (60% BI, 40% BM). Disini saya terjemahkan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. Dialog ini adalah berdasarkan kepada fakta perbincangan bukan butiran setiap patah perkataan.
Suhaizan Kayat : Apa pandangan YB berkenaan ekuiti 30% yang diturunkan oleh PM?
YB. Razali Ibrahim : Kita dah beri peluang dalam DEB sebanyak 30% tapi tak boleh capai, sampai bila kita nak tunggu. Pelabur tak mahu datang sebab dasar kita. Kita tak boleh harapkan modal tempatan untuk bangunkan negara kita. Kita terpaksa turunkan.......
Suhaizan Kayat : Sepatutnya kita baiki kelemahan. Mengapa kita gagal. Hanya dapat 19.5 % ekuiti sahaja. Bukannya turunkan ke 12.5% seperti yang diumumkan oleh PM.
YB. Razali Ibrahim : Kita tidak boleh tunggu. Pelabur tidak mahu masuk sebab dasar kita yang ketat. Sepatutunya kita tiru macam Perak. Gunakan kuasa yang ada. Dapat kuasa terus beri tanah kepada siapa yang kita mahu. Kalau kita nak guna kuasa, kita boleh langgar aja. Tapi kesan tidak baik kepada rakyat. PAS pun tak tolong kita untuk perjuangkan isu-isu Melayu.....
Suhaizan Kayat : Saya rasa punca utama kegagalan adalah kerana ketirisan
YB. Razali Ibrahim : (Dengan penuh emosi) Itu awak sentimen. Kerajaan Pakatan pun ada ketirisan. Sebenarnya kita pun tak tahu siapa dapat projek. Bila gagal kerjaan yang disalahkan. Macam tiga jambatan di Muar yang terbengkalai. Kita tidak kenal siapa yang dapat. Bila gagal lari pergi Australia. Kita yang dituduh rakyat terlibat dengan rasuah. Rasuah ni tiada. Ini persepsi rakyat aja.....
Suhaizan Kayat : Habis kalau tak de rasuah. Pemimpin UMNO yang tertangkap dengan politik wang tu macammana.
YB. Razali Ibrahim : Kita pun sokong, Mereka yang ditangkap. Tapi kita pun tak tahu siapa yang dapat. Kita pun tak dapat apa-apa......
Suhaizan Kayat: Salah kerajaan jugak. Dulu diberi peluang dalam DEB untuk capai 30% tapi gagal. Dalam Islam kita utamakan yang memerlukan. Bukannya melayu aja tapi semua bangsa. Kita utamakan orang yang amat memerlukan
YB. Razali Ibrahim : Itu lah yang kita buat sekarang(seperti yang Islam mahu). Sebenarnya orang cina tak mahu kita dapat 30%. Mereka marah kita. Tengok YB Mohammad Taslim menang kerana apa. Sebab cina sokong dia. Kita tiada pilihan . Kita terpaksa buat perubahan .......
Suhaizan Kayat : Macammana pulak dengan orang UMNO. Adakah mereka boleh terima. Sebab dalam Perhimpunan Agong UMNO mereka mahu melayu di utamakan.
YB. Razali Ibrahim : (Dengan penuh emosi) Itu tugas kita Pemuda UMNO. Awak jangan bimbang......
Suhaizan Kayat : Macamana pulak dulu kerajaan suruh capai 30%. Sekarang pulak tukar jadi 12.5%. Kerajaan tak konsisten.
YB. Razali Ibrahim : Itu DEB.....
Suhaizan Kaiat : Jangan pulak nak dapat modal asing . Negara jadi tergadai.
YB. Razali Ibrahim : Tak kanlah kita nak gadai negara. Kita mempunyai perancangan untuk kekang perkara ini. Pelabor akan tinggalkan aset mereka apabila mereka tinggalkan negara kita. Itu jadi hak kita.........
Suhaizan Kayat : Kenapa tak keluarkan strategi ini. Beritahu rakyat
YB. Razali Ibrahim : Mana boleh kita beritahu. .......
Perbualan ini terhenti sebab semua kawan-kawan dah nak balik dan susana bertambah panas. Sebelum terbakar mereka ajak saya balik. Saya tidak puashati dengan perbincangan tidak fomal ini. Kerana saya tidak banyak diberi ruang bercakap.Suara YB Razali Ibrahim lebih kuat. Saya tidak menggunakan suara saya yang sebenar. Sebab menjaga adab dan takut terbakar kantin parlimen. Sedangkan suara saya boleh didengar pada jarak ½ KM. Saya teringinkan perdebatan terbuka isu Penurunan Ekuiti 30% antara saya dan YB. Razali Ibrahim dikampung halaman kami Kg. Seri Menanti, Muar. Disitulah YB. Razali Ibrahim dan saya dibesarkan. Soalnya....Beranikah YB. Razali Ibrahim berdebat ?

Ehsan dari http://www.tranungkite.net/v9/

Mungkinkah sejarah PRK Pengkalan Pasir berulang?

KUALA KRAI, 2 Julai - Pernahkah anda menonton drama ‘Cikgu Limau Kasturi’. Ia pernah ditayang di televisyen suatu ketika itu. Kisah kehidupan seorang guru di kawasan pedalaman Kelantan.
Limau Kasturi, bukan nama buah, sebaliknya kampung yang terpisah dari dunia luar. Jalan perhubungan yang ada ketika itu hanyalah kereta api.Kehidupan masyarakat agak sukar kerana tidak banyak infrastruktur yang disediakan kerajaan.Begitu juga dengan Manek Urai. Sebuah perkampungan yang dipisahkan Sungai Lebir dengan dunia luar. Biar pun kebun getah subur di lereng-lereng bukit, namun kehidupan mereka tidak banyak berubah.Ketika itu hanya motosikal yang menjadi kenderaan utama. Masuk kebun, hantar anak ke sekolah, dan ke pasar menggunakan motosikal. Kenderaan roda empat hampir tiada, kecuali lori pengangkut balak dan jentera berat lain. Itu pun diangkut ke sini dengan kereta api.Bekalan elektrik hanya bermula jam 7 petang hingga 7 pagi. Air dibekalkan dari bukit yang ditandak. Ketika musim hujan air kelodak macam teh susu memenuhi besen. Kalau musim kemarau penduduk terpaksa ke sungai. Mengandar air di bahu bagi lelaki dewasa merupakan fenomena biasa ketika itu. Di Sungai Lebir ada rakit dan pangkalan tempat tambat perahu.Paling tidak dapat dilupakan apabila setiap kali musim tengkujuh air Sungai Lebir pasti melimpah. Amokan air bah sekali sekala menyebabkan banyak rumah penduduk hanyut.Namun Bukit Kajang dan stesen kereta api menjadi tempat penduduk berlindung. Biar pun air bah sering melanda, namun Manek Urai tetap menjadi tumpuan ramai. Ada dua kilang papan yang menjadi nadi penting. Begitu juga Estet Kuala Hidung tempat penduduk mencari rezeki.Ramai penduduk dari utara Kelantan berhijrah ke Manek Urai. Di sebelah timur Sungai Lebir jalan raya menghubungkan Kuala Krai – Gua Musang mulai dibina.Namun kenderaan belum mampu sampai ke kampung lama. Kedai Haji Isa di seberang gertak kereta api menjadi tempat kereta tambang menunggu penumpang. Biar pun terpisah perhubungan, namun terdapat dua sekolah di kampung lama. Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Manek Urai. Adanya kemudahan itu membolehkan kampung terbabit mengesot menerima tempias pembangunan. Selain itu ada sebuah klinik dan balai polis. Inilah Manek Urai, nostalgia itu sudah lama berlalu. Sejak jambatan yang merentangi Sungai Lebir siap dibina, lanskap Kampung Manek Urai Lama mulai berubah.Bangunan sekolah juga mulai berubah wajah. Penduduk yang sering terdedah dengan banjir juga diberi lot di kampung baru. Penempatan itu dikenali sebagai Kampung Manek Urai Baru. Di kampung tersebut juga ada sebuah pusat kesihatan besar dan sekolah kebangsaan. Deretan rumah penduduk lebih tersusun. Hari ini banyak banglow dibina di kiri kanan jalan.Kampung lama pun mulai sunyi, kecuali hari Sabtu riuh rendah dengan pasar sehari. Stesen kereta api tidak lagi menjadi tumpuan. Dua sawmill yang menjadi nadi ekonomi kini sudah tinggal tapak dan semak samun. Hanya Ladang Kuala Hidong yang masih beroperasi. Lagi pun sebahagian besar penduduk mempunyai kebun getah sendiri. Manek Urai sudah lama tidak diperkatakan orang, tiba-tiba 22 Mei lalu meletup. Berita kematian wakil rakyat, Haji Ismail Yaakub tersebar segera ke seluruh negara. Orang yang tidak pernah tahu di mana Manek Urai pun mulai bercakap. Permergiaan buat selama-lamanya Paksu Mail, seorang pemimpin dekat di jiwa rakyat menjadi pencetus segala cerita.Umno dan Barisan Nasional (BN) yang menjadi pondan di Penanti, tiba-tiba mengubah rentak di Manek Urai. Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengharapkan ada sedikit ruang bernafas di Manek Urai.Kegagalan yang bemula di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau cukup menghantui mereka.Najib tidak sanggup menambah koleksi kekalahan BN di Penanti, apabila lebih awal lagi mengangkat bendera putih.Namun, di Manek Urai nafsu pemimpin Umno membuak kembali. Alasan kemenangan tipis 53 undi pada pilihan raya umum 2004 menjadi tarikan utama.Umno amat mengharapkan tuah badan itu bergolek kembali. Lebih-lebih lagi Datuk Mustapa Mohamed memimpin semula Umno Kelantan.Ramai mengharap sentuhan ajaib Mustapa kali ini bermula di Manek Urai.Mampukah Datuk Pa menggalas segala harapan tersebut ketika beberapa pemimpin Umno sudah mengharapkan mereka dicalonkan.Ketua Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman yang hilang kerusi di Dabong pada 8 Mac lalu mengharap peluang untuk bangkit semula.Dengan tiket sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, Ramzi mengharap Manek Urai menyambung hayat politiknnya.Beliau baru disingkirkan daripada jawatan sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan. Namun, cita-cita Ramzi tidak mudah kerana ada halangan di hadapan.Bekas Adun Manek Urai, Zulkifli Omar sudah lama bergerak keluar masuk kampung. Beliau juga sudah membina banglow indah di Sungai Sok selepas berpindah dari Kuala Krai.Begitu juga Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Abdul Majid, anak tempatan yang tinggal di Kampung Manek Urai lama mengharapkan suara wanita berkumandang di Dewan Undangan Negeri Kelantan.Naib Ketua Bahagian Kuala Krai, Che Jalal Muda juga mempunyai cita-cita serupa. Biar pun tinggal di Kuala Krai tetapi ada bisnes di Manek Urai.Mampukah Umno mengulangi rekod 2004, ketika Umno dan BN mulai dipinggirkan rakyat di tempat-tempat lain.Seorang guru mengakui tempias isu nasional boleh menggugatkan pendirian pengundi di Manek Urai. “Namun PAS tidak boleh mengharapkan sepenuhnya isu nasional. Isu tempatan lebih dekat dengan mereka. PAS tidak harus meminggirkan isu lokal kerana lebih dekat dengan pengundi.“PAS perlu mencari tokoh yang dekat dengan rakyat, mampu meneruskan legasi ditinggalkan Paksu Mail. Kalau boleh lebih baik daripada itu,” katanya ketika ditemui di Kuala Krai, baru-baru ini.Biar apa pun Paksu Mail bertapak kukuh di situ sejak 1986. PAS Cuma kecundang pada 1982 dan 2004. Sejak merdeka PAS bertapak di situ yang bermula dengan kampung dalam pagar. Mampukah Umno mengulangi sejarah Pengkalan Pasir empat tahun lalu atau Semerak 12 tahun lalu. Namun, PAS tidak akan membiarkan peristiwa itu berulang kembali.

Ehsan dari http://prkn41.pas.org.my/

Para Pengunjung

free hit counter
Get a free hit counter here.

About Me

Seorang hambaMu yang mendamba kasihMu

Komen terkini