Monday, June 7, 2010

Perpaduan di utamakan..

Sesungguhnya kita anak-anak dilahirkan selepas merdeka, seharusnya kita mengisi Kemerdekaan itu dengan "Nilai-Nilai Positif" supaya negara kita bisa membina Tamadun Melayu dan Islam yang hebat, kita harus mengamalkan "Nilai" seperti yang digariskan dalam Gagasan 1Malaysia. Diantara Nilai itu adalan menerima seadanya apa yang terdapat dalam negara kita sekarang, kita harus memperakui bahawa bangsa lain telah wujud sejak kurun ke 16 lagi, mereka sama-sama kita membina negara bertuah ini. Maka oleh itu bagi mengekalkan kestabilan negara kita ini berkekalan prinsip "Perpaduan Kaum" harus dibajai dan disirami diantara langkah-langkah menyuburkan perpaduan adalah dengan mengamalkan budaya berkerjasama, bersatu hati, berbaik sangka, hormat menghormati, bertegur sapa, bertolak ansur antara kita serta bergaul mesra antara kaum dan juga antara sesama Muslim, Inshaallah negara kita cintai ini akan melakar sejarah semula seperti era pemerintahan Melaka dahulu dalam semua hal, samada dalam Ekonomi, Politik, Sosial, Pendidikan, Pertanian dan Teknologi Moden disamping dapat mengekalkan Keamanan Negara

Friday, April 16, 2010

baru lepas balik keje

lama x berborak kat blog ni..
ari ni isteri ku ikut ke office..seharian dia kat sana..baru dia tahu betapa boringnya kat office,hehe..
tp nasib baik ada laptop ni,kurang la sikit keboringan dia..

last week aku ke Kapit..ramai kawan2 ku dari Sarawak cakap,beruntung la korang..
diaorg pun belum sampai Kapit,hehe..

(bersambung....)

Thursday, February 18, 2010

Celoteh petang

Masuk hari ini,sudah hampir dua bulan aku bekerja di Sarawak..
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,itulah nama Jabatan ku..
Alhamdulillah,aku hampir dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran,suasana tempat kerja yg mana perlu aku ubah stail,berbeza dengan tempat kerja yg lepas..
Puas hati?Boleh tahan juga,hehe..Cuma kena pulang jam 5ptg,tu yg merumitkan sedikit,huhu..
Berada di Miri,tidaklah sesibuk bandaraya KL..

Friday, December 11, 2009

Antara dua..

Aku bingung antara dua pilihan..Sarawak or Selangor?Di Sarawak telah tersedia jawatan untukku sebagai Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 under Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional yg perlu aku melapor diri pd 4 Januari nnti, namun lepas Zohor td aku dikejutkan dgn panggilan telefon dari isteriku yg menyatakan aku juga telah mendapat tawaran dari JAIS sbg Pegawai Perkhidmatan Siswazah DG41 (Kontrak) selama 2 tahun yg mana aku perlu melapor diri pd 15hb Dec ini di JAIS sebelum ditempatkan di SAM Jeram Batu 20, Kuala Selangor.
Aku perlu membuat pilihan..Para sahabat, bantulah daku..

Tuesday, September 22, 2009

Fletcher puji Owen

MANCHESTER: Darren Fletcher memuji aksi dramatik Michael Owen pada pertemuan klasik dua skuad Manchester dan menganggap pemain itu sebagai penjaring gol semula jadi.

Jaringan ketika masa kecederaan Owen bagi membolehkan United menang 4-3 itu akan kekal dalam ingatan dan Fletcher yang juga kapten Scotland itu percaya ia adalah petanda betapa besar kesan yang akan dilakukan bekas penyerang England itu di Old Trafford.

“Semua pergerakannya hebat,” kata Fletcher. “Hantaran Ryan Giggs cukup baik dan begitu juga dengan kawalan bola yang dilakukan Michael dengan menggunakan bahagian luar kaki kanannya sebelum menjaringkan gol dengan gaya sama.

“Seorang penjaring sejati mampu melakukan pergerakan yang hebat dan dalam tempoh beberapa bulan lagi, dia akan menjadi pemain penting buat kami.”
Fletcher juga berharap untuk mengungguli senarai penjaring apabila dia sendiri meledakkan dua jaringan menerusi tandukan ketika bertemu City.
“Saya gembira dapat melakukannya kerana saya terlepas beberapa peluang baik ketika awal musim,” katanya. “Memang hebat apabila dapat menjaringkan gol kali ini. Saya akan terus berbuat demikian selepas ini.”

Fletcher menafikan kenyataan yang menyebut wisel penamat seharusnya dibunyikan sebelum Owen menjaringkan gol kemenangan itu.

“Apabila anda terbabit dalam satu perlawanan, anda sendiri tidak tahu berapa banyak masa tambahan yang tinggal,” katanya. “Ada jaringan serta pertukaran pemain dan sehubungan itu, perlu ada masa yang ditambah. Sebagai pemain, anda hanya perlu terus bermain dan tidak memikirkan soal masa.

“Saya rasa kami berhak mendapat gol itu.”

Fletcher percaya aksi United malam kelmarin seharusnya memberi petanda kepada pendahulu liga, Chelsea mengenai hasrat juara bertahan itu untuk terus mempertahankan takhta Liga Perdana Inggeris, musim ini.

“Ramai yang mengatakan kami tidak akan mampu mengulangi kejayaan itu, tapi kami akan membuktikan bahawa mereka adalah salah,” katanya. “Ada kalanya anda perlu mengharungi tempoh yang sukar dan anda tidak boleh mengharapkan keputusan yang lebih baik daripada apa yang kami dapat.

“Anda sedar betapa kami sebenarnya mempunyai kualiti yang cukup. Lihat saja pemain kami dan anda akan berasa gembira dengan apa yang kami ada.”

Ehsan dari Harian Metro

Para Pengunjung

free hit counter
Get a free hit counter here.

About Me

Seorang hambaMu yang mendamba kasihMu

Komen terkini