Monday, July 27, 2009

Selsema Babi: IPSM diarah tutup seminggu

BESUT: Institut Perguruan Sultan Mizan (IPSM) di sini, diarah tutup selama seminggu mulai hari ini apabila tujuh kes yang mempunyai simptom selesema babi atau Influenza A (H1N1) dikesan, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr Abdul Rahman Mokhtar, berkata kesemua tujuh mereka yang menunjukkan simptom H1N1, dirawat sebagai pesakit luar dan sampel darah mereka dihantar ke makmal. "Sehubungan itu, kesemua pelajar termasuk kakitangan IPSM diminta meninggalkan institut itu yang akan dibuka semula pada 2 Ogos," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, penutupan IPSM itu juga adalah bagi membolehkan tindakan kawalan dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri. Sebelum ini, beberapa premis ditutup di negeri ini akibat H1N1 iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 di Kuala Terengganu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dan Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya) di Marang. - Bernama

No comments:

Para Pengunjung

free hit counter
Get a free hit counter here.

About Me

Seorang hambaMu yang mendamba kasihMu

Komen terkini