Monday, July 27, 2009

5 Maut Sesudah Makan Tengahari...!





MARAN: Lima sekeluarga yang terbunuh dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah Perodua Kenari dan lori kontena berhampiran Kompleks Rakan Muda Maran semalam, dikatakan dalam perjalanan pulang ke Felda Jengka 5 di sini, selepas makan tengah hari di pusat bandar.Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin, berkata kereta dipandu Nasaruddin Abdul Aziz, 32; bersama empat penumpang dalam perjalanan pulang ke rumah ibu mentuanya di tanah rancangan itu selepas makan tengah hari.

Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah lori kontena yang dipercayai dipandu laju hilang kawalan sebelum terbabas lalu ‘terbang’ melepasi pembahagi jalan dan merempuh kenderaan mangsa.

“Kereta mangsa terheret sejauh kira-kira 80 meter sebelum melanggar tebing menyebabkan Perodua Kenari itu tersepit antara kenderaan berat itu dan tanah tinggi berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Menurutnya, kenderaan mangsa remuk teruk menyebabkan semua mangsa terbunuh serta-merta di tempat kejadian.

No comments:

Para Pengunjung

free hit counter
Get a free hit counter here.

About Me

Seorang hambaMu yang mendamba kasihMu

Komen terkini