Tuesday, July 28, 2009

Hari YIK 2009

Saya telah menghadiri Sambutan Hari Yayasan Islam Kelantan (YIK) sebagai guru buat kali kedua. Terasa teruja bila melihat jemaah guru yang hadir, para pegawai YIK, para YB dan Ahli2 Yang Berhormat hadir dan menunggu dgn sabar kehadiran Y.A.B MB Kelantan, Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz. Saya sampai di PUTIK lebih kurang pukul 9.30 pagi bersama sahabat, Us.Hadi & Us.Nasir. Ingatkan dah lewat coz semalam Mudir (Pengetua) bgtau suh sampai kul 9pagi.

Ramai sahabat handai, rakan taulan yg sama2 berjuang dlm YIK hadir. Tp yg uniknya, kami berpakaian uniform sekolah, baju batik hijau, hehe.

Majlis bermula agak lewat kira2 jam 11pagi dek kerana kelewatan Y.A.B Tok Guru, namun masing2 sabar menunggu dan mcm happy dpt berjumpa dgn sahabat2 lama dan berborak, masing2 bercerita. Tp saya intai2, tak jumpa lak dgn Us.Zainuri, jgn marah ye klu enta datang, hehe.

Majlis dimulakan dgn Pelancaran Briged Amal Yayasan Islam Kelantan yang ditubuhkan pada Februari 2009.

Kemudian diteruskan dgn Tok Guru masuk ke dalam dewan, dan Ustaz Yahya Daud, Johan Qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa 1999, dan kini beliau bertugas sebagai Pegawai Penyelia Tahfiz YIK. Alunan suaranya membaca Al-Quran sgt merdu, mcm biasa beliau yg terkenal dgn lenggok2 yg merdu yg tak perlu memecahkan anak tekak utk menarik perhatian org ramai, ehe.

Seterusnya ucapan dari Pengarah YIK, first time saya tgk muka beliau, dan mengundang gelak ketawa hadirin dgn usikan Pengerusi Majlis dgn menyatakan dgn ini sah la Pengarah YIK kita org Islam sebab semua dah tgk, (coz nama beliau Ahmad Robert, hehe)

Diteruskan dgn ucapan Y.B Mohd Amar, Exco Dakwah & Pendidikan Kerajaan Negeri Kelantan. Seperti biasa ucapan beliau amat dinantikan kerana penuh dgn mesej dan senda gurau yg merancakkan lagi majlis walaupun ketika itu dah pukul 12tghari..!

Seterusnya ucapan perasmian yg ditggu2, Y.A.B Menteri Besar memberikan ucapan. Apa yg tersentuh di sini, Tok Guru mengetuai bacaan doa yg dibacakan beramai2, doa solat Dhuha. Yang mana didalamnya terkandung ' wain kana fil bahri fa atli' hu' yang menarik perhatian hadirin kerana maksudnya sekiranya kekayaan terdapat di dalam laut, maka munculkan lah. Ini kerana isu semasa di Kelantan sekarang ialah Sekatan Royalti Minyak Kelantan walaupun Kelantan lebih hampir dgn pelantar minyak berbanding dgn Negeri Terengganu..!

Kemudian persembahan nasyid yg menarik dari S.M.U (A) Rahmaniah Paloh, yang terdiri dari pelajar 12Tahun ke bawah, yg menariknya lagu yg dinyanyikan, mendayu2 dan mengusik jiwa..Lagu anak Soleh, lagu lama, liriknya begini, " kami anak yg soleh, ingin memohon restu, wahai ibuku wahai ayahku, izinkan daku pergi berjuang. Terasa menitis air mata dgn suara pelajar kecil itu, terimbau kembali penglibatan saya dlm nasyid sejak kecil mcm2 diaorg;)

Hadirin juga dihiburkan dgn lakonan pelajar SMU (A) Tarbiah Mardhiyyah Panchor, P.Chepa, yang melakonkan cerita keluarga di dalam bahasa Cina..! Hadirin terpesona dgn celoteh dan kelancaran pelajar Melayu Islam yg fasih berbahasa Cina, berkat dari idea Tok Guru utk melihat pendakwah Islam berbangsa Melayu fasih bercakap bahasa Cina, telah tertubuh 8 kelas di 8 buah sekolah di YIK yang mempelajari bahasa Cina..!

Kemudian pengurniaan anugerah kpd individu dan sekolah cemerlang. Tahniah pada yg berjaya dan kepada yg belum dapat anugerah tu, harap berusaha bersungguh2 termasuklah sekolahku, yang mana tahun ni baru 1st time ambik peperiksaan besar, PMR.

Seterusnya Tokoh Guru YIK, jatuh kepada Y.B Us.Halim, Ahli Dewan Rakyat Parlimen Pengkalan Chepa, bekas TMB Kelantan.

Seterusnya jamuan makan, lauk daging lembu singgam, berebut2 malu kat anak murid:) tp barang sikit, tak patut YIK buat cmni, sediakan sikit tp jemputan ramai, seluruh warga YIK dijemput, tak patut tak patut.

Aku solat zohor kat surau PUTIK dan terus balik ke sekolah

Monday, July 27, 2009

Umno sedia terima 30 peratus wanita pembuat keputusan: Muhyiddin (Tapi Allah S.W.T bgtau dlm Al-Quran, Lelaki ialah Ketua bg Wanita, ape kes ni?? )

MUNYONYO (Uganda): Umno tidak menghadapi masalah untuk melaksanakan cadangan supaya 30 peratus pembuat keputusan dalam parti itu terdiri kaum wanita, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata pelaksanaannya bagaimanapun mesti berdasarkan kepada merit, kemampuan dan pengalaman. "Kuota itu tidak menjadi masalah kepada Umno. Tapi mungkin dia (Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil) mahu tengok lebih ramai wanita jadi wakil rakyat.

"Dalam hal ini kita kena ambil kira persekitaran masyarakat. Ada juga persepsi dalam kalangan masyarakat yang masih belum bersedia di kawasan tertentu untuk diwakili wanita Umno.

"Kita kena ambil kira penerimaan pengundi..itu dari sudut menjadi calon," katanya kepada pemberita Malaysia yang mengikuti lawatannya ke sini hari ini ketika diminta mengulas cadangan Shahrizat berhubung perkara itu semalam. Muhyiddin berkata, Umno tidak pernah menghalang kemajuan wanita yang berkemampuan.

"Mungkin mereka sudah bersedia nak pegang jawatan penting parti dan atas dasar ini, usaha begini mesti berterusan dan bukan satu inisiatif sementara," katanya. Timbalan Perdana Menteri berkata, bahawa terdapat juga wanita yang menjadi ketua cawangan dan wakil rakyat tetapi masih ada ruang untuk meningkatkan kedudukan ini. Mengenai enam teras Bidang Hasil Utama Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Putrajaya hari ini, Muhyiddin berkata, ia menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk mencapai kecemerlangan di semua peringkat pentadbiran. "Di peringkat kabinet, ini meletakkan menteri kabinet dalam keadaan bekerja setiap masa...ada KPI (petunjuk prestasi utama) mingguan dan bulanan.
“Pendekatan yang kita laksanakan ini menunjukkan kerajaan serius untuk mencapai sasaran," katanya. Muhyiddin berkata, komitmen kerajaan itu lebih mudah dicapai sekiranya rakyat dapat menerima KPI dan bukan menyandarkan 100 peratus di bahu menteri atau kerajaan. - Bernama

Bukan kerjasama Pas-Umno tapi kerajaan negeri dan Pusat: MB Kelantan

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kesediaan beliau menghulur tangan untuk berbaik-baik bukanlah dalam konteks Pas dan Umno tetapi antara kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat.

Katanya, laporan akhbar yang menyatakan beliau Pas dan Umno bekerjasama adalah tidak tepat dan di luar maksud kenyataan beliau. "Saya cakap antara kerajaan (negeri) dengan kerajaan (pusat). Untuk apa nak bekerjasama dengan Umno," katanya selepas melawat Karnival Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Padang Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataannya sebelum ini untuk melupakan sengketa politik antara kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pas dan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepetingan rakyat dan perpaduan Islam.

Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata ia akan membuka lembaran baru dalam kerjasama antara kedua-dua pihak. Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat perlu ditingkatkan berdasarkan kepada perlembagaan yang ada.

"Kerajaan pusat ada kewajipan membantu kerajaan negeri. Kita bukan minta tetapi ini hak perlembagaan yang menetapkan peruntukan itu disalurkan," katanya.

Beliau berkata Pas tidak bercadang untuk mengadakan hubungan peringkat parti dengan parti sebagaimana berlaku semasa zaman Allahyarham Tun Abdul Razak "kerana kesan daripada hubungan itu masih terasa". - Bernama

Selsema Babi: IPSM diarah tutup seminggu

BESUT: Institut Perguruan Sultan Mizan (IPSM) di sini, diarah tutup selama seminggu mulai hari ini apabila tujuh kes yang mempunyai simptom selesema babi atau Influenza A (H1N1) dikesan, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr Abdul Rahman Mokhtar, berkata kesemua tujuh mereka yang menunjukkan simptom H1N1, dirawat sebagai pesakit luar dan sampel darah mereka dihantar ke makmal. "Sehubungan itu, kesemua pelajar termasuk kakitangan IPSM diminta meninggalkan institut itu yang akan dibuka semula pada 2 Ogos," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, penutupan IPSM itu juga adalah bagi membolehkan tindakan kawalan dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri. Sebelum ini, beberapa premis ditutup di negeri ini akibat H1N1 iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 di Kuala Terengganu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dan Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya) di Marang. - Bernama

Pemimpin Umno umpama Majnun gilakan Laila - MB Kelantan

KOTA BHARU, 27 Julai :- Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Inilah perasaan yang menimpa pemimpin Umno sekarang apabila sedaya upaya berusaha menjalinkan hubungan dengan PAS.

Sedangkan ia tidak lebih seperti bertepuk sebelah tangan."Saya pun tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, macam cerita Majnun pula apabila seorang pengembala kambing berhajat untuk mengahwini anak raja."Macam-macam kerenah yang dibuat oleh Majnun sehingga pada suatu hari dia duduk seorang diri di bawah pokok sementara menunggu kambing sedang makan rumput, Majnun bercakap seorang diri."Apabila kawan dia tanya kamu bercakap dengan siapa, lalu Majnun menjawab, saya sedang bercakap Laila, seorang anak raja."Macamana seorang pengembala kambing mahu mengahwini anak raja. Mahu tidak mahu dia menulis nama Laila atas pasir. Dia tulis nama Laila lalu dia baca sendiri berulang kali."Kawan dia bertanya lagi, kamu bercakap dengan siapa, lalu dia jawab lagi dengan Laila. Mana Laila, kawan dia tanya, ini� Majnun menunjukkan nama Laila yang dia tulis di atas pasir," katanya Menteri Besar Kelantan ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Sebelum ini pemimpin Umno beriya-iya benar mahu mengadakan kerjasama dengan PAS kononnya untuk perpaduan orang Melayu.Impian itu dicetus semula pemimpin Umno ekoran kenyataan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta kerajaan pusat memberi kerjasama penuh kepada kerajaan negeri dan melupakan sengketa politik.Ekoran itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Umno akan membincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat ini.

Sebelum ini Umno amat mengharapkan perpaduan Umno dan PAS dijalin semula selepas idea kerajaan perpaduan yang dicetus ditarik balik.Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, apa yang berlaku terhadap Umno sekarang hampir serupa kisah dengan Majnun yang tetap berkeras mahu berkahwin dengan anak raja.

"Walaupun dia tak dapat kahwin dengan anak raja, tetapi sekurang-kurangnya dia boleh menulis nama Laila dan bercakap dengan Laila seorang diri," katanya.Beliau juga mempertikaikan laporan akhbar mengenai isu tersebut kerana apa yang disentuhnya sebelum ini hanya berkaitan hubungan kerajaan negeri dan pusat, bukan berkaitan parti.

Katanya akhbar menyebut mengenai perkara itu, namun beliau tidak tahu menahu pun tentang perkara tersebut."Sepatutnya perkara yang melibatkan saya kena tanya saya dulu. Orang lain tidak ada hak untuk menjadi jurubahasa kepada saya.

"Saya tidak pernah sebut lupakan perkataan sengketa lama. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu sebagaimana yang disiarkan sebuah akhbar harian baru-baru ini."Tuan-tuan boleh check balik semula record pertemuan antara saya dengan Dato' Mustapa Mohamed di Kuala Lumpur sempena Fiesta Kelantan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat baru-baru ini," ujarnya.

Para Pengunjung

free hit counter
Get a free hit counter here.

About Me

Seorang hambaMu yang mendamba kasihMu

Komen terkini