Thursday, July 30, 2009

H1N1: 11 kem PLKN ditutup tujuh hari

Sebelas kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di semenjung diarah tutup setakat ini berikutan pelatihnya menunjukkan tandatanda jangkitan influenza A (H1N1).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penutupan kem itu melibatkan 4,500 pelatih dan kirakira 200 petugas dan mereka diminta berada di rumah selama seminggu.

Beliau berkata semua aktiviti PLKN akan diadakan semua mengikut modul yang ditetapkan selepas semua pelatih dibenar kembali ke kem.

"Kami akan ambil tindakan sama ke atas kem PLKN yang lain jika keadaan yang sama berlaku di kem-kem itu. Terdapat 87 kem di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan petugas kem tentera Tun Razak di Bayan Lepas, di sini.

Ditanya jumlah pelatih yang disahkan positif virus itu, Ahmad Zahid berkata: "Kami tidak pasti berapa ramai yang dijangkiti tapi daripada maklumat yang saya dapat, tiada yang pulang dari dari luar negara, termasuk petugas kami".

Beliau meminta ibu bapa pelatih terlibat supaya tidak panik kerana kementerian akan mengambil tindakan drastik bagi mengatasi masalah itu.

Ahmad Zahid juga berkata pertandingan akhir kem PLKN terbaik seluruh negara yang dijadual 19 Ogos telah ditunda.

ADUN PAS DUN Permatang Pasir Meninggal Dunia


#Klik pada pic utk paparan lebih jelas

Mari Balajar Buat Blog

Banyak ilmu blog di sini

Wednesday, July 29, 2009

Nasi Ambeng + Berkat









Tak sabar rasanya nak makan nasi ambeng sabtu ni

204 Guru di Bawah YIK Mula Pengajian DPLI

8 JUN 2009 :Universiti Utara Malaysia College of Arts and Sciences (UUM CAS) di bawah bidang pendidikan kolej tersebut telah menerima seramai 204 guru dari kira-kira 90 buah sekolah agama seluruh negeri Kelantan.

UUM yang bekerjasama dengan Yayasan Islam Negeri Kelantan (YIK) bagi program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) khusus buat guru-guru tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi profesionalisme perguruan dikalangan mereka.

Ia juga adalah hasil usaha daripada Persatuan Guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (PGSABK) negeri yang berjaya menempatkan para guru yang terlibat bagi program DPLI YIK - UUM.

Delegasi tersebut juga merupakan kumpulan guru pertama dari YIK yang menjalani DPLI di kampus ini. Salah seorang guru yang ditemui iaitu Rosliza Wahab, 32 begitu teruja dan tidak sabar untuk mengikuti program selama setahun ini.

"Meskipun pengalaman menjadi guru masih baru, saya yakin dengan minat, usaha dan kesungguhan dalam bidang ini akan membantu untuk saya menjadi seorang pendidik yang cemerlang, tambahan pula dengan ilmu daripada program DPLI yang akan saya jalani di sini," tambah guru Bahasa Inggeris dari Sekolah Menengah Ugama (SMU) Istiqamah Badang, Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu ini lagi.

Rakannya Kamaruzaman Ag. Alli Ahmad, 35 yang juga guru bagi mata pelajaran Agama Arab menyifatkan peluang untuk mengikuti program ini bukan mudah untuk diperoleh semua guru jadi beliau berazam untuk meninggikan lagi martabatkan profesion perguruan dalam alaf baru ini.

Sementara itu, guru dari Ma'ahad Tahfiz Sains Kok Lanas Kota Bharu, Nadihah Mohd Zahidi, 28 berasa bertuah kerana UUM telah memberi peluang kepada warga YIK untuk mengikuti program DPLI di kampus Sintok ini.

"Semoga dengan program DPLI kerjasama UUM dan YIK yang akan saya jalani di sini nanti akan membantu saya menjadi guru yang berkualiti dalam melahirkan modal insan yang berilmu bagi membangunkan negara pada masa depan," ujar guru mata pelajaran Matematik ini lagi.

Termasuklah sahabat2 saya di MTSBA, Us.Tajudin, Cikgu Hamidi, Cikgu Nordin dan Cikgu Hilmi, semoga sukses semuanya

Para Pengunjung

free hit counter
Get a free hit counter here.

About Me

Seorang hambaMu yang mendamba kasihMu

Komen terkini