Thursday, July 30, 2009

ADUN PAS DUN Permatang Pasir Meninggal Dunia


#Klik pada pic utk paparan lebih jelas

Mari Balajar Buat Blog

Banyak ilmu blog di sini

Wednesday, July 29, 2009

Nasi Ambeng + Berkat









Tak sabar rasanya nak makan nasi ambeng sabtu ni

204 Guru di Bawah YIK Mula Pengajian DPLI

8 JUN 2009 :Universiti Utara Malaysia College of Arts and Sciences (UUM CAS) di bawah bidang pendidikan kolej tersebut telah menerima seramai 204 guru dari kira-kira 90 buah sekolah agama seluruh negeri Kelantan.

UUM yang bekerjasama dengan Yayasan Islam Negeri Kelantan (YIK) bagi program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) khusus buat guru-guru tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi profesionalisme perguruan dikalangan mereka.

Ia juga adalah hasil usaha daripada Persatuan Guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (PGSABK) negeri yang berjaya menempatkan para guru yang terlibat bagi program DPLI YIK - UUM.

Delegasi tersebut juga merupakan kumpulan guru pertama dari YIK yang menjalani DPLI di kampus ini. Salah seorang guru yang ditemui iaitu Rosliza Wahab, 32 begitu teruja dan tidak sabar untuk mengikuti program selama setahun ini.

"Meskipun pengalaman menjadi guru masih baru, saya yakin dengan minat, usaha dan kesungguhan dalam bidang ini akan membantu untuk saya menjadi seorang pendidik yang cemerlang, tambahan pula dengan ilmu daripada program DPLI yang akan saya jalani di sini," tambah guru Bahasa Inggeris dari Sekolah Menengah Ugama (SMU) Istiqamah Badang, Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu ini lagi.

Rakannya Kamaruzaman Ag. Alli Ahmad, 35 yang juga guru bagi mata pelajaran Agama Arab menyifatkan peluang untuk mengikuti program ini bukan mudah untuk diperoleh semua guru jadi beliau berazam untuk meninggikan lagi martabatkan profesion perguruan dalam alaf baru ini.

Sementara itu, guru dari Ma'ahad Tahfiz Sains Kok Lanas Kota Bharu, Nadihah Mohd Zahidi, 28 berasa bertuah kerana UUM telah memberi peluang kepada warga YIK untuk mengikuti program DPLI di kampus Sintok ini.

"Semoga dengan program DPLI kerjasama UUM dan YIK yang akan saya jalani di sini nanti akan membantu saya menjadi guru yang berkualiti dalam melahirkan modal insan yang berilmu bagi membangunkan negara pada masa depan," ujar guru mata pelajaran Matematik ini lagi.

Termasuklah sahabat2 saya di MTSBA, Us.Tajudin, Cikgu Hamidi, Cikgu Nordin dan Cikgu Hilmi, semoga sukses semuanya

Tuesday, July 28, 2009

Mana Mufti Harussani lari??

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menghadiri istiadat meletak kalungan bunga sempena sambutan Hari Pahlawan 2009 di Tugu Peringatan Negara di sini.

Turut meletak kalungan bunga dalam istiadat pagi ini ialah Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Azizan Ariffin.


ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991 (Enakmen 3/91)
Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu: “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

(http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_sear...t.asp?keyID=608)
Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.

Ni sudah lebih, PM sudah mencabar majlis fatwa,apa komen Dato' Harusani berkenaan perkara ini.Takkan nak biarkan saja,Dato' kena lah tegur PM kita ni takkan nak biarkan dia terus buat kerja sesat lagi menyesatkan.Kalau rakyat biasa yang buat kerja ni kesannya tidak la seberapa.Tapi kalau pemimpin Negara sendiri yang buat kerja ni ia perlu di perbetulkan segera kerana Pemimpin Negara adalah ikutan kepada rakyat yang menjadi RoleModel kepada rakyat jelata.

Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa kerajaan Umno di bawah kepimpinan Najib sudah benar-benar tidak menitikberatkan hukum agama dalam pentadbiran beliau.Kalau sudah Perdana Menteri sendiri sanggup melanggar Fatwa yang dikeluarkan oleh majlis Fatwa,apa lagilah rakyat biasa.

Kalau Dato'Mufti tidak tegur di bimbangi rakyat akan menganggap perkara ini tidak salah dari segi agama.Ini akan menjadi bahaya besar bagi negara,kerana ia melibatkan Akidah bukan sekadar dosa kecil.

Disarankan Dato' Mufti bukan hanya berani menegur rakyat biasa tetapi takut hendak menegur kemungkaran yang dibuat oleh pemimpin atasan.Di mana perginya kehebatan Mufti-mufti dalam Malaysia ni sekarang.Apakah kerana sayangkan gaji yang sedikit sehingga sanggup melihat kemungkaran di depan mata tanpa mahu berbuat sesuatu untuk mencegahnya.

Klik blog brother ni utk penjelasan & video Najib kalungkan bunga pada 'berhala' negara.

Para Pengunjung

free hit counter
Get a free hit counter here.

About Me

Seorang hambaMu yang mendamba kasihMu

Komen terkini